Thursday, November 3, 2011

Panduan Keselamatan Penyelenggaraan Eletrik

                                         

Pengenalan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang amat penting pada hari ini. Tanpa elektrik manusia tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian yang sebahagian besarnya beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik.


Perkembang pesat era teknologi elektrik ini bermula dari era kurun ke-16 Masehi. Ramai inventor yang lahir di Eropah pada zaman revolusi. Antaranya Alessandro Antonio Volta (1745-1827), seorang ahli fizik Itali yang mencipta bateri elektrik yang mana alat pertama yang menjana pengaliran elektrisiti (Arus) secara berterusan. Seorang lagi inventor yang begitu signifikan dalam perkembangan teknologi elektrik ini ialah Adre-Marie Ampere (1775-1836), seorang ahli matematik dan fizik Perancis yang mengasas prinsip elektrodinamik. Beliau telah menjelaskan konsep arus elektrik secara spesifik dan membangunkan kaedah menilai dan mengira kuantiti arus.

Terminologi

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron. 

Faktor Penting Elektrik

Tiga faktor yang mempengaruhi elektrik ialah:

1.    Voltan iaitu perbeza keupayaan (difference of electrical potential) antara dua titik eletrik atau litar eletronik. Unit SI bagi voltan    ialah Voltan (V)
2.    Arus iaitu merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik Unit SI bagi arus ialah Ampere (A)
3.    Rintangan iaitu sifat bagi litar di mana elektrik mengalir dan memberi rintangan kepada arus. Unitnya (R)
   
Rumus matematiknya ialah: V = I/R

Hazad Elektrik

Elektrisiti ataupun arus boleh membunuh. Saban tahun kemalangan yang berpunca dari elektrik direkod. Di United Kingdom misalnya sebanyak 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan. Biasanya kemalangan ini melibatkan kontak secara langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang luka. Kemalangan yang melibatkan elektrik ini berlaku bilamana prinsip asas keselamatan elektrik tidak dititikberatkan.

Hazad elektrik boleh dikelaskan dengan beberapa jenis:

1.   Hazad Elektrostatik
2.   Hazad Kebakaran
3.   Hazan Pengcahayaan (mata arka)
4.   Hazad Renjatan

Hazad Elektrostatik

Elektrostatik terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan. Elektrostatik boleh menjadi hazad kepada manusia bila ia mempunyai voltan tinggi yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian. Elektrostatik juga boleh menjadi hazad kepada persekitaran yang berisiko untuk mewujudkan sumber pencucuhan dalam persekitaran mudah terbakar.

Hazad Kebakaran

Kita sering mendengar kemalangan yang berpunca dari elektrik pastinya melibatkan kebakaran. Fenomena ini berlaku berpunca dari litar pintas, lebihan tenaga mengalir (overload) dan lain-lain. Kegagalan ini menyebabkan percikan api ataupun penjanaan tenaga haba yang tinggi yang berpotensi dalam menyalakan api. Pelepasan cas statik juga penyebab kepada hazad kebakaran.
Hazad Pengcahayaan (mata arka)

Pengcahayaan yang melampau mampu merosakkan sistem penglihatan kita. Mata manusia begitu sensitif dengan cahaya lampau. Hazad ini terdiri dari cahaya ultraungu yang terhasil dari arka elektrik dari silauan cahaya aktiviti kimpalan. Apabila mata melihat secara langsung punca cahaya ini, ianya akan memberi kesan yang dipanggil ’Konjuntinitis’

Hazad Renjatan

Renjatan elektrik adalah hazad utama pada manusia. Renjatan elektrik terjadi bila badan atau anggota badan bersentuhan dengan sumber arus elektrik. Arus ini akan mengalir di dalam badan manusia dan terus ke bumi untuk dineutralkan. Kesan renjatan elektrik ini memberi kesan yang serius dan boleh membawa maut. Arus yang mencukupi menyebabkan fungsi anggota badan terjejas seperti kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.
Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan dan kelakuan yang terdedah kepada potensi bahaya elektrik:

1.   Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten. 
2.   Mengganggu pergerakan jangka. 
3.   Membuat penyambungan dari rumah ke rumah. 
4.   Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB. 
5.   Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala. 
6.   Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran. 
7.   Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung. 
8.   Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa. 
9.   Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar). 
10.   Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.




No comments:

Post a Comment

TERKINI - Perumahan