Thursday, November 3, 2011

Teknik Mengenal Pasti Dan Membaiki Komponen Eletronik Asas Yang Sudah Rosak


Belajar service dan repair alatan elektrik dan elektronik di rumah.
Mari berkongsi ilmu dan pengalaman, bagaimana cara membaiki barangan elektrik dan elektronik. Mudah tetapi memerlukan sedikit keberanian untuk melakukannya atau ada yang mahu berkongsi pengalaman di sini.


Sistem  yang dijumpai dipasaran menggunakan dua sistem yaitu manual dan elektronik. Bagi sistem elektronik, anda harus berhati-hati jika ingin membaikinya sendiri dan anda harus mempunyai asas elektrik dan elektronik.


Contoh barangan yang akan kita bincangkan di sini...
1.Mesin basuh automatik
2.Peti sejuk
3.Air cond

1.MESIN BASUH AUTOMATIC

Banyak perkara yang menyebabkan komponennya sering rosak. Salah satu sebabnya adalah kerana penggunaan atau karena faktor usia komponen itu sendiri.
                                                   
Apa sahaja barang yg kita perlukan untuk membaiki mesin basuh:
-pemutar skru
-spana
-multi meter
-alat pemeteri
-dll

 

Apa sahaja kerosakan yang selalu kita jumpa pada mesin basuh?
-air tidak keluar.
-air tidak masuk.
-air keluar perlahan - lahan
-air masuk perlahan - lahan
-tidak boleh membasuh
-tidak boleh mengeringkan
-bunyi bising di waktu pengeringan
-basuhan tidak bersih,kurang kuat daya pusingan

Getah pembuangan air

1.Air tidak keluar.
Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat disitu atau termasuk duit siling.

Caranya periksa getah dekatan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotaran atau duit siling yang melekat disitu.

Water pam
2.Air tidak masuk.
Hidupkan mesin basuh dan periksa volt ac menggunakan multi meter pada water pam biasanya 230v ac, Jika ada, pam air harus diganti baru.


3.Air keluar perlahan - lahan.
 Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan kotoran atau duit siling.

4.air masuk perlahan - lahan
Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini karena ianya juga sudah tersumbat. Lihat contoh gambar di atas.

5.Tidak boleh membasuh
Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
-Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet  pada pintu sudah hilang.


Getah pada motor
getah pengikat pada motor...kalau anda lihat getah sudah terlalu longgar sebaiknya nya tukar dengam getah baru.

6.Tidak boleh mengeringkan.
Lihat bahagian bawah  dekat paip air yang mula mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v ac. Tukarkan selenoid tiada bacaan meter ditemui.

Sewaktu anda menekan butang spin, alarmnya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukan selenoid.

7.Bunyi bising sewaktu pengeringan
  Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini karena cara membukanya komponen ini terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
                                                     
8.Basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingannya.
Cuba periksa getah pada motor mungkin ia sudah longgar.
Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.  

atau piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus??



2.PETI SEJUK

Membaiki peti sejuk memang memerlukan banyak modal bila kerosakan tersebut melibatkan gas atau kompresor dan memerlukan pengalaman di dalam bidang ini.Oleh itu, saya hanya akan membincangkan kerosakan yg bukan melibatkan dengan gas atau masalah elektronik. Ini kerana masalah elektronik memerlukan penelitian pada arus litarnya dan sukar untuk dijangka. 

1.Peti kurang sejuk
 Peti kurang sejuk bukan berati gas sudah habis,cuba lihat dahulu bahagian tempat beku (frezer) apakah dia terdapat ais di bahagian diding peti?

Glass heater


jika ya, beerti gas tidak habis,tetapi heater nya tidak berfunggsi dengan baik,
heater ada 2 bentuk pertama berbentuk kaca (glass heater) yang kedua melekat di dekat paip gas yang berbentuk paip almanium.
untuk melihat heater tersebut berfungsi dengan baik atau tidak boleh kita cuba dengan tegangan 230v ac di kedua dua wayar tersebut.

Contoh heater yang melekat pada paip gas

Thermastat heater
 

thermostat heater berfunggsi sebagai suis sejuk,ia akan secara automatic on bila ia di paras beku.
selalu nya thermostat heater ini rosak, bila ia sudah masuk air atau warna di dalam plastik nya sudah kelihatan kotor.


Timer



timer:  ia berfunggsi untuk pembagi masa,on compresor atau heater,kalau ia rosak  di kedudukan heater maka compresor tidak akan hidup,dan sebalik nya.

Thermostat temperature

thermostat berfunggsi untuk pembatas suhu dan ianya boleh di ubah ubah sesuai dengan kehendak kita...selalunya kalau ia rosak compresor tidak akan mati kecuali time on heater,dan ini salah satu penyebab  elektrik boleh trip.

barang barang di atas adalah punca yang lazim menjadi kerosakan peti ais.

3.PENGHAWA DINGIN (aircond)

kompresor merupakan salah satu alat yang sangat penting untuk menyejukkan udara.karena ia berfungsi untuk mengepam gas.
 selalunya gas yang di gunakan adalah gas R22.

beberapa barang yang ada di dalam autdoor ini yaitu:
-kompresor
-kondensor 
-kapasitor
-fan (kipas)
-gas

berikut kerusakan kerosakan yang sering ditemui:


kotoran
jika kita rasa kurang sejuk cuba periksa kotoran habuk yang melekat pada kipas indorr ini menyebabkan angin yang keluar tidak begitu laju.

dan jika kita sudah membersihkan kipas dan angin tersebut juga tidak terlalu kuat,maka anda harus menukar capasitor dan kalau tidak boleh juga maka fan motor harus di ganti.


Kipas autdoor tidak begitu kuat.
jika kipas autdoor tidak begitu kuat atau langsung tidak menyala,ia akan menyebabkan kompresor akan mati dengan sendirinya,ini karena kompresor sudah terlalu panas,caranya cuba ganti kapasitor yang bewarna hitam seperti contoh dibawah.kalau juga tdak laju,motor kipas harus di ganti yang baru.

Kapasitor
cuba perhatikan dan dengar dengan baik ,apakah kompresor anda sebentar on dan sebentar off tetapi kipas aut door tetap hidup,selalu nya ini disebabkan oleh kapasitor yang sudah rosak,cuba ganti dan test kembali.
kapasitor yang warna putih seperti contoh di atas.

No comments:

Post a Comment

TERKINI - Perumahan